Kita mungkin pernah mengucapkan sesuatu seperti 'I love U'.
Tetapi ayat itu hilang dari kenangan apabila pasangan tidak sejiwa.
Tambahan pula, ada yang sanggup membunuh diri hanya kerana cinta.
Tahukah anda bahawa cinta yang paling abadi ialah cinta kita kepada Tuhan?
Sudah pasti semua tahu.
'Bercintalah dahulu kepada Tuhanmu, kemudian mencintai ibu bapamu, seterusnya dirimu dan akhirnya kekasihmu'
Semua berkata bahawa cinta itu indah.
Tetapi mereka tidak tahu keindahan itu hanyalah sementara.
Dan ada juga berkata bahawa cinta itu buta.
Memang benar..
.....
Hati menjadi mata cinta
sementara
jiwa menjadi nyawa cinta
.....
Namun, kita juga tidak boleh menaruh seluruh cinta kita kepada kekasih kerana jika semuanya hilang, kewarasan juga mungkin akan hilang.
Beringat-ingat dahulu sebelum kena.
Soalan atau Komen klik di sini atau e-mail ke katy.berth.perry@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan